Wednesday 16 October 2013

Pembelajaran Kendiri Frog VLE melalui LEARN CENTER

Klik gambar untuk ke web Learn Center VLE Frog.


Cara Ibu Bapa mendapatkan ID dan Password Frog VLE

Assalamualaikum... Salam 1bestarinet.

Makluman kepada seluruh komuniti SK Taman Seri Wang, pihak sekolah akan menggunakan platform Pembelajaran Maya Frog VLE (Virtual Learining Environment), iaitu projek 1Bestarinet Kementerian Pelajaran Malasyia. Guru, pelajar dan ibu bapa akan berada di bawah satu komuniti SK Taman Seri Wang di bawah satu platform yang sama. Projek 1Bestarinet di SKTSW masih berada pada Fasa Pengenalan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar.

Tuesday 15 October 2013

Selamat Menyambut Hari Raya Qurban

Sempena Perayaan Hari Raya Aidiladha, sekolah akan bercuti pada 15-17 Oktober 2013.

SALAM AIDILADHA & SELAMAT BERCUTI

Wednesday 4 September 2013

PANDUAN MENGHADAPI SAAT-SAAT AKHIR SEBELUM PEPERIKSAAN


SEHARI SEBELUM HARI PEPERIKSAAN

1. Baca secara imbas semua panduan, tips dan rumusan penting untuk matapelajaran yang akan anda ambil esok.
2. Tenangkan fikiran dan kuatkan semangat "SAYA BOLEH LAKUKAN!"

3. sediakan segala peralatan untuk menulis (pensil 2B siap diraut tajam - 2 batang, pemadam - 2 butir, peraut pensil - 1 & pastikan tajam bagi mengelak pensil patah berulang kali, pembaris - 1 batang pendek & sebatang lagi yang panjang, pen - 2 batang, warna kayu - satu set & set geometri - jika perlu.dan lain-lain.
4. Mohon ibu bapa doakan kejayaan anda.


Tuesday 3 September 2013

TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Peperiksaan UPSR semakin hampir. Pasti pelajar Tahun 6 merasakan debaran menghadapi minggu akhir sebelum bermulanya peperiksaan. Tentunya semua pelajar inginkan kejayaan yang cemerlang dengan mendapat keputusan yang diimpikan iaitu 5A kan? 




Tuesday 23 April 2013

GAMBAR SEPANJANG AKTIVITI PERKHEMAHAN

Sila klik pautan di bawah untuk melihat gambar-gambar sekitar aktiviti yang dijalankan sepanjang
Perkhemahan Unit Beruniform yang telah berlangsung pada 
18-20 April 2013.


Thursday 11 April 2013

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SKTSW 2013

Aktiviti Tahunan Perkhemahan Unit Beruniform akan dijalankan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 18 - 20 April 2013
Tempat : SK Taman Seri Wang




Monday 8 April 2013

PELANCARAN PROGRAM GALAKAN NILAM

Hari ini, pelancaran Program Galakan NILAM 2013 telah dilancarkan. Pelancaran disempurnakan oleh Encik Hamzah Bin Abdullah selaku Guru Besar SK Taman Seri Wang.



Monday 18 March 2013

Ujian PERMATApintar UKM1

Sumber : Portal Rasmi PERMATApintar




Ujian UKM1 adalah ujian IQ berbentuk ujian dalam talian yang boleh dicapai melalui lawan web ukm1.permatapintar.edu.my. Ujian ini mengukur kebolehan verbal melalui pembendaharaan kata dan penaakulan (reasoning) secara logikal. Ia dibina oleh sekumpulan penyelidik dari Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Ujian saringan pertama PERMATApintar UKM1 ini adalah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Ujian UKM1 merupakan saringan pertama untuk pelajar menyertai program-program.

Saturday 16 March 2013

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-12

Mesyuarat Agung PIBG SK Taman Seri Wang Kali ke-12 akan diadakan pada 17 Mac 2013 iaitu pada hari Ahad. Semua ibu bapa dijemput hadir.




Friday 8 March 2013

Monday 18 February 2013

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG PKG SUNGAI PETANI

Kejohanan Balapan & Padang PKG Sungai Petani akan diadakan pada 20 Februari 2013 bertempat di Sekolah Kebangsaan Taman Seri Wang



Saturday 19 January 2013

Didik Hibur

oleh:
Dr . Zailah Zainudin, IPG Kampus Raja Melewar

Pengenalan.
Didik hibur adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan murid-murid. Walaupun murid seronok tetapi objektif pengajaran dan pembelajaran masih dapat dicapai seperti yang ditetapkan. Oleh itu, guru perlu merancang pengajaran dan pembelajaran agar isi kandungan mata pelajaran dapat disampaikan dengan berkesan
Latar Belakang Didik Hibur
Cadangan pelaksanaan penyerapan pendekatan didik hibur dalam pengajaran bermula apabila keputusan kabinet pada 8 Julai 2009 yang memutuskan bahawa PPSMI dimansuhkan dengan mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan, manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil menjelang tahun 2012.

Monday 14 January 2013

TARIKH PROGRAM NILAM 2013

NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengikhtirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahu dan markah dikumpulkan secara kumalatif sehinggalah mereka tamat persekolahan. Ia adalah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan adalah Urusetia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini. Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun 1 di sekolah Rendah dan Tingkatan 1 atau Peralihan di sekolah Menengah dengan rasminya 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998 : Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.

Wednesday 2 January 2013

Program Transisi Tahun 1 2013

Selamat Datang diucapkan kepada warga baru SK Taman Seri Wang, murid-murid Tahun 1 pada sesi persekolahan Tahun 2013. Bagi menghadapi situasi baru di alam persekolahan, mereka akan menjalani Program Transisi selama 3 minggu.

Program Transisi Tahun Satu merupakan satu program yang telah dirangka dengan tujuan membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal sama ada di rumah ataupun di pra sekolah ke pendidikan secara formal di tahun satu. Adalah diharapkan kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar belakang sosio-ekonomi, persekitaran dan pengetahuan akan dapat menyesuaikan diri dan bersedia meneruskan pembelajaran di sekolah.