Monday, 14 January 2013

TARIKH PROGRAM NILAM 2013

NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengikhtirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahu dan markah dikumpulkan secara kumalatif sehinggalah mereka tamat persekolahan. Ia adalah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan adalah Urusetia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini. Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun 1 di sekolah Rendah dan Tingkatan 1 atau Peralihan di sekolah Menengah dengan rasminya 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998 : Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.


Berikut merupakan tarikh Program NILAM yang dirancang sepanjang 2013 di mana ia akan dijalankan secara serentak di kalangan warga sekolah termasuklah guru.

TARIKH
HARI
AKTIVITI
MASA
17.02.2013
AHAD
PROGRAM NILAM DI DALAM KELAS
7.45pg-8.45pg
17.03.2013
AHAD
PROGRAM NILAM DI DALAM KELAS
7.45pg-8.45pg
14.04.2013
AHAD
PROGRAM NILAM DI DALAM KELAS
7.45pg-8.45pg
12.05.2013
AHAD
PROGRAM NILAM DI DALAM KELAS
7.45pg-8.45pg
16.06.2013
AHAD
PROGRAM NILAM DI DALAM KELAS
7.45pg-8.45pg
14.07.2013
AHAD
PROGRAM NILAM DI DALAM KELAS
7.45pg-8.45pg
15.09.2013
AHAD
PROGRAM NILAM DI DALAM KELAS
7.45pg-8.45pg
13.10.2013
AHAD
PROGRAM NILAM DI DALAM KELAS
7.45pg-8.45pg

** Program ini diadakan pada waktu perhimpunan minggu ketiga setiap bulan dan guru waktu pertama hendaklah mengawasi murid di dalam kelas sewaktu program ini dijalankan.
** Guru yang membaca di PSS. 

No comments:

Post a Comment