Wednesday 2 January 2013

Program Transisi Tahun 1 2013

Selamat Datang diucapkan kepada warga baru SK Taman Seri Wang, murid-murid Tahun 1 pada sesi persekolahan Tahun 2013. Bagi menghadapi situasi baru di alam persekolahan, mereka akan menjalani Program Transisi selama 3 minggu.

Program Transisi Tahun Satu merupakan satu program yang telah dirangka dengan tujuan membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal sama ada di rumah ataupun di pra sekolah ke pendidikan secara formal di tahun satu. Adalah diharapkan kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar belakang sosio-ekonomi, persekitaran dan pengetahuan akan dapat menyesuaikan diri dan bersedia meneruskan pembelajaran di sekolah.


 Aturcara Pembukaan Program Transisi

1. Bacaan doa & Ikrar
2. Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Sekolah
3. Ucapan aluan guru bertugas mingguan.
4. Taklimat disiplin oleh En. Muhamad Ishak selaku guru disiplin
5. Ucapan Guru Besar - En Hamzah Bin Abdullah
6. Nyanyian Lagu Pendidikan Cemerlang Kedah Gemilang dan Lagu Negeri Kedah.










No comments:

Post a Comment