oleh:
Dr . Zailah Zainudin, IPG Kampus Raja Melewar
Dr . Zailah Zainudin, IPG Kampus Raja Melewar
Pengenalan.
Didik hibur adalah pendekatan pengajaran
dan pembelajaran yang menyeronokkan murid-murid. Walaupun murid seronok tetapi
objektif pengajaran dan pembelajaran masih dapat dicapai seperti yang
ditetapkan. Oleh itu, guru perlu merancang pengajaran dan pembelajaran agar isi
kandungan mata pelajaran dapat disampaikan dengan berkesan
Latar Belakang Didik
Hibur
Cadangan pelaksanaan penyerapan pendekatan didik hibur dalam pengajaran bermula
apabila keputusan kabinet pada 8 Julai 2009 yang memutuskan bahawa PPSMI
dimansuhkan dengan mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam
Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan, manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis
Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil menjelang tahun 2012.
Kerajaan berhasrat memperkenalkan pendekatan didik hibur di sekolah rendah untuk merealisasikan hasrat transformasi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Adalah diharapkan pendekatan didik hibur dalam bilik darjah akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih interaktif serta berpusatkan murid. Justeru pengajaran guru akan lebih mudah dihayati dan difahami oleh murid.
Kerajaan berhasrat memperkenalkan pendekatan didik hibur di sekolah rendah untuk merealisasikan hasrat transformasi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Adalah diharapkan pendekatan didik hibur dalam bilik darjah akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih interaktif serta berpusatkan murid. Justeru pengajaran guru akan lebih mudah dihayati dan difahami oleh murid.
Definisi
Didik Hibur bemaksud mendidik sambil menghibur.
Kamus Dewan (2000) mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati
dan ajar, manakala hibur bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati
Rumusannya didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur seperti permainan, nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi secara sistematik dan terancang.
Ciri-Ciri Didik Hibur
Antara ciri-ciri didik hibur dalam pengajaran
adalah seperti berikut:
(i)
Sesi pembelajaran yang menyeronokkan kerana terkandung unsur
kelakar, kecindan, ada unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan
sebagainya.
(ii)
Mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepada guru.
Seperti yang dijelaskan sebelum ini didik hibur berkonsepkan santai dan
berhibur.
(iii)
Murid-murid sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang
positif, gembira dan tertunggu-tunggu untuk melalui sesi pembelajaran pada hari
berikutnya.
(iv)
Sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik
dan pelbagai. Menerusi aktiviti nyanyian dan lakonan umpamanya, murid-murid
boleh main peranan dengan menyertai aktiviti tersebut sambil berhibur. Yang
penting, arahan guru perlu jelas dan ringkas di samping penggunaan ICT dan BBM
untuk menarik penglibatan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran.
(v)
Objektif aktiviti cenderung kepada pelbagai cara penyelesaian
masalah dan kepelbagaian cara persembahan yang tiada unsur kalah atau menang,
tiada ganjaran atau dendaan serta latihan dan penggunaannya menjurus kepada
aktiviti p&p.
(vi)
Salah atau tidak bukan matlamat aktiviti didik hibur, tetapi yang
penting berjaya melibatkan seramai mungkin murid dan aktivitinya bersahaja dan
santai.
(vii)
Aktiviti yang dipilih lebih menjurus kepada aktiviti berkumpulan
atau berpasangan supaya wujud semangat kerja berpasukan, kerjasama dan
toleransi.
(viii)
Murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logik
dalam keadaan terkawal untuk memberikan satu persembahan yang menarik.
(ix)
Murid bebas untuk bergerak, berlakon, menyanyi dan sebagainya
dalam keadaan terkawal.
(x)
Aktiviti didik hibur banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa
tubuh.
Faktor Yang Mempengaruhi Pelaksanaan Didik
Hibur.
Guru:
Kejayaan sesuatu sesi pengajaran dan
pembelajaran itu adalah terletak kepada kebijaksanaan guru sebagai pengurus dan
perancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sebagai guru, beberapa
perkara berikut perlu dipatuhi, iaitu:
( i )
Perwatakan guru yang menarik, kecindan, tidak menakut atau menggerunkan
murid
( ii ) Bahasa yang
digunakan sesuai dengan tahap murid.
(iii) Guru tidak
menjatuhkan air muka atau memalukan murid di khalayak.
(iv) Guru seorang pengurus
atau penganjur aktiviti yang baik.
(v) Sepatutnya guru boleh
melakonkan pelbagai watak dalam pelbagai aktiviti.
(vi) Guru boleh membuat
pelbagai suara.
(vii) Boleh memberi arahan
dengan tepat dan menarik.
(viii) Seorang yang
prihatin dan peka serta tajam daya pemerhatian.
(ix) Guru berkebolehan
menukar atau melakukan penyesuaian mendadak
(x) Guru atau fasilitator
seorang yang fleksibel
Aktiviti
Kejayaan didik hibur secara kerkesan bergantung
kepada aktiviti yang dirancang. Walau bagaimanapun terdapat beberapa ciri yang
perlu diambil kira oleh guru semasa merancang aktiviti didik hibur dalam bilik
darjah, iaitu:
( i ) Aktiviti perlu
disesuaikan dengan tahap murid yang hendak diajar.
( ii ) Jalankan aktiviti
yang murid-murid sedia ketahui berdasarkan silang budaya yang sama.
( iii ) Penyerapan didik
hibur memerlukan tempoh pelaksanaan dan peruntukan masa pembelajaran yang sesuai
atau waktu yang fleksibel.
( iv ) Aktiviti didik hibur
boleh dilaksana, dijalan dan diselesaikan bersama murid-murid tanpa ada banyak
masalah atau halangan.
( v ) Aktiviti yang dipilih
tidak menjurus ke arah permusuhan atau konflik antara murid.
( vi ) Sediakan peraturan
yang jelas, senang, mudah difahami atau diikuti oleh murid.
( vii ) Aktiviti didik
hibur yang dirancang juga perlu memberikan kepuasan kepada mereka yang
menyertainya, serta boleh disertai seramai mungkin murid.
Penutup
Pada dasarnya amalan penyerapan didik hibur bukanlah perkara yang baru dalam siri
pendidikan negara. Untuk tujuan penegasan istilah didik hibur digunakan secara
jelas sebagai komitmen yang bersungguh-sungguh kerajaan untuk
mengaplikasikan pendekatan ini yang diadaptasikan menerusi pendekatan
‘Fun Learning’ yang digunakan secara meluas dalam pengajaran dan
pembelajaran
No comments:
Post a Comment