Assalamualaikum... Salam 1bestarinet.
Ibu bapa juga boleh mengakses laman pembelajaran ini dengan menggunakan ID dan Password yang telah sedia ada. Cara ibu bapa untuk mendapatkan ID dan Password secara atas talian (online) akan ditunjukkan mengikut langkah-langkah yang berikut:
1) Sila ke laman web http://www.yes.my dan klik 1BestariNet
2) Klik Tab Parent
3) Klik Retrieved My ID
4) Masukkan nombor kad pengenalan dan nama penuh diruang yang disediakan.
Tips : * Boleh tsip satu perkataan daripada nama anda. Cth : Muhammad Omar B Ali. Cuma taipkan Omar.
* Tukarkan Binti dengan Bt atau Bin dengan B sahaja jika taip nama penuh.
Kemudian klik Search
5) Nama dan Yes ID anda akan terpapar. Masukkan emel dan no tel di ruang yang disediakan. Klik Update. Password akan diberikan ke telefon bimbit dan emel yang didaftarkan sebentar tadi.
6) Untuk mengakses Platform VLE Frog SK Taman Seri Wang, sila ke https://kba3048.1bestarinet.net . Masukkan Yes ID dan Password ke ruang yang disediakan. Kemudian klik Login.
7) Untuk pertama kali login, tick pada Click Here to accepet term and conditions. kemudian Klik Accept.
8) Anda akan tiba di Parent Noticeboard. Segala makluman yang perlu diketahui oleh ibu bapa boleh akan dimuatnaik di laman ini.
9) Anda juga boleh mengakses Dashboard Sekolah dengan klik slider di sebelah kanan.
10) Ibubapa juga boleh meneroka (explore) dibahagian Quick Launch seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di bawah.
sELAMAT MENCUBA... SELAMAT MENEROKA...
SELAMAT MELOMPAT KE DUNIA BARU VLE FROG!!!
No comments:
Post a Comment