Klik gambar untuk ke web Learn Center VLE Frog.
Wednesday, 16 October 2013
Cara Ibu Bapa mendapatkan ID dan Password Frog VLE
Assalamualaikum... Salam 1bestarinet.
Tuesday, 15 October 2013
Selamat Menyambut Hari Raya Qurban
Sempena Perayaan Hari Raya Aidiladha, sekolah akan bercuti pada 15-17 Oktober 2013.
SALAM AIDILADHA & SELAMAT BERCUTI
Monday, 14 October 2013
Thursday, 10 October 2013
Tuesday, 24 September 2013
Wednesday, 4 September 2013
PANDUAN MENGHADAPI SAAT-SAAT AKHIR SEBELUM PEPERIKSAAN
1. Baca secara imbas semua panduan, tips dan rumusan penting untuk matapelajaran yang akan anda ambil esok.
2. Tenangkan fikiran dan kuatkan semangat "SAYA BOLEH LAKUKAN!"
3. sediakan segala peralatan untuk menulis (pensil 2B siap diraut tajam - 2 batang, pemadam - 2 butir, peraut pensil - 1 & pastikan tajam bagi mengelak pensil patah berulang kali, pembaris - 1 batang pendek & sebatang lagi yang panjang, pen - 2 batang, warna kayu - satu set & set geometri - jika perlu.dan lain-lain.
4. Mohon ibu bapa doakan kejayaan anda.
Tuesday, 3 September 2013
TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Peperiksaan UPSR semakin hampir. Pasti pelajar Tahun 6 merasakan debaran menghadapi minggu akhir sebelum bermulanya peperiksaan. Tentunya semua pelajar inginkan kejayaan yang cemerlang dengan mendapat keputusan yang diimpikan iaitu 5A kan?
Peperiksaan UPSR semakin hampir. Pasti pelajar Tahun 6 merasakan debaran menghadapi minggu akhir sebelum bermulanya peperiksaan. Tentunya semua pelajar inginkan kejayaan yang cemerlang dengan mendapat keputusan yang diimpikan iaitu 5A kan?
Tuesday, 23 April 2013
GAMBAR SEPANJANG AKTIVITI PERKHEMAHAN
Sila klik pautan di bawah untuk melihat gambar-gambar sekitar aktiviti yang dijalankan sepanjang
Perkhemahan Unit Beruniform yang telah berlangsung pada
18-20 April 2013.
Thursday, 11 April 2013
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SKTSW 2013
Aktiviti Tahunan Perkhemahan Unit Beruniform akan dijalankan pada ketetapan berikut :
Tarikh : 18 - 20 April 2013
Tempat : SK Taman Seri Wang
Monday, 8 April 2013
PELANCARAN PROGRAM GALAKAN NILAM
Hari ini, pelancaran Program Galakan NILAM 2013 telah dilancarkan. Pelancaran disempurnakan oleh Encik Hamzah Bin Abdullah selaku Guru Besar SK Taman Seri Wang.
Monday, 18 March 2013
Ujian PERMATApintar UKM1
Sumber : Portal Rasmi PERMATApintar
Ujian UKM1 adalah ujian IQ berbentuk ujian dalam talian yang boleh dicapai melalui lawan web ukm1.permatapintar.edu.my. Ujian ini mengukur kebolehan verbal melalui pembendaharaan kata dan penaakulan (reasoning) secara logikal. Ia dibina oleh sekumpulan penyelidik dari Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Ujian saringan pertama PERMATApintar UKM1 ini adalah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Ujian UKM1 merupakan saringan pertama untuk pelajar menyertai program-program.
Saturday, 16 March 2013
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-12
Mesyuarat Agung PIBG SK Taman Seri Wang Kali ke-12 akan diadakan pada 17 Mac 2013 iaitu pada hari Ahad. Semua ibu bapa dijemput hadir.
Sunday, 10 March 2013
Friday, 8 March 2013
Monday, 18 February 2013
KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG PKG SUNGAI PETANI
Kejohanan Balapan & Padang PKG Sungai Petani akan diadakan pada 20 Februari 2013 bertempat di Sekolah Kebangsaan Taman Seri Wang
Friday, 1 February 2013
Monday, 21 January 2013
Saturday, 19 January 2013
Didik Hibur
oleh:
Dr . Zailah Zainudin, IPG Kampus Raja Melewar
Dr . Zailah Zainudin, IPG Kampus Raja Melewar
Pengenalan.
Didik hibur adalah pendekatan pengajaran
dan pembelajaran yang menyeronokkan murid-murid. Walaupun murid seronok tetapi
objektif pengajaran dan pembelajaran masih dapat dicapai seperti yang
ditetapkan. Oleh itu, guru perlu merancang pengajaran dan pembelajaran agar isi
kandungan mata pelajaran dapat disampaikan dengan berkesan
Latar Belakang Didik
Hibur
Cadangan pelaksanaan penyerapan pendekatan didik hibur dalam pengajaran bermula
apabila keputusan kabinet pada 8 Julai 2009 yang memutuskan bahawa PPSMI
dimansuhkan dengan mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam
Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan, manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis
Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil menjelang tahun 2012.
Monday, 14 January 2013
TARIKH PROGRAM NILAM 2013
NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan
semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan
memberi pengikhtirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi
penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahu dan markah
dikumpulkan secara kumalatif sehinggalah mereka tamat persekolahan. Ia
adalah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk
membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan
adalah Urusetia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk
menyelaras program ini. Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun
1 di sekolah Rendah dan Tingkatan 1 atau Peralihan di sekolah Menengah
dengan rasminya 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian
Pelajaran Malaysia Bil.13/1998 : Program Membina Tabiat Membaca
bertarikh 22 Mei 1998.
Friday, 11 January 2013
Wednesday, 2 January 2013
Program Transisi Tahun 1 2013
Selamat Datang diucapkan kepada warga baru SK Taman Seri Wang, murid-murid Tahun 1 pada sesi persekolahan Tahun 2013. Bagi menghadapi situasi baru di alam persekolahan, mereka akan menjalani Program Transisi selama 3 minggu.
Program Transisi Tahun Satu merupakan satu program yang telah dirangka dengan tujuan membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal sama ada di rumah ataupun di pra sekolah ke pendidikan secara formal di tahun satu. Adalah diharapkan kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar belakang sosio-ekonomi, persekitaran dan pengetahuan akan dapat menyesuaikan diri dan bersedia meneruskan pembelajaran di sekolah.
Subscribe to:
Posts (Atom)