Monday, 21 January 2013
Saturday, 19 January 2013
Didik Hibur
oleh:
Dr . Zailah Zainudin, IPG Kampus Raja Melewar
Dr . Zailah Zainudin, IPG Kampus Raja Melewar
Pengenalan.
Didik hibur adalah pendekatan pengajaran
dan pembelajaran yang menyeronokkan murid-murid. Walaupun murid seronok tetapi
objektif pengajaran dan pembelajaran masih dapat dicapai seperti yang
ditetapkan. Oleh itu, guru perlu merancang pengajaran dan pembelajaran agar isi
kandungan mata pelajaran dapat disampaikan dengan berkesan
Latar Belakang Didik
Hibur
Cadangan pelaksanaan penyerapan pendekatan didik hibur dalam pengajaran bermula
apabila keputusan kabinet pada 8 Julai 2009 yang memutuskan bahawa PPSMI
dimansuhkan dengan mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam
Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan, manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis
Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil menjelang tahun 2012.
Monday, 14 January 2013
TARIKH PROGRAM NILAM 2013
NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan
semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan
memberi pengikhtirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi
penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahu dan markah
dikumpulkan secara kumalatif sehinggalah mereka tamat persekolahan. Ia
adalah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk
membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan
adalah Urusetia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk
menyelaras program ini. Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun
1 di sekolah Rendah dan Tingkatan 1 atau Peralihan di sekolah Menengah
dengan rasminya 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian
Pelajaran Malaysia Bil.13/1998 : Program Membina Tabiat Membaca
bertarikh 22 Mei 1998.
Friday, 11 January 2013
Wednesday, 2 January 2013
Program Transisi Tahun 1 2013
Selamat Datang diucapkan kepada warga baru SK Taman Seri Wang, murid-murid Tahun 1 pada sesi persekolahan Tahun 2013. Bagi menghadapi situasi baru di alam persekolahan, mereka akan menjalani Program Transisi selama 3 minggu.
Program Transisi Tahun Satu merupakan satu program yang telah dirangka dengan tujuan membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal sama ada di rumah ataupun di pra sekolah ke pendidikan secara formal di tahun satu. Adalah diharapkan kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar belakang sosio-ekonomi, persekitaran dan pengetahuan akan dapat menyesuaikan diri dan bersedia meneruskan pembelajaran di sekolah.
Subscribe to:
Posts (Atom)